Tuesday, 8 November 2011

Mengenai Kilang Kami.

Kerepek yang dicampurkan dengan sambal menggunakan mesin pemutar akan menghasilkan kerepek ubi pedas.

Kilang Kerepek Ubi Pedas kami sudah berkhidmat lebih kurang 8 tahun sejak bulan Oktober 2004. Makanan tempatan utama yang di jual di kilang kami ialah kerepek ubi pedas. Pada mulanya, pengurus hanya berjaja secara kecil-kecilan di kawasan rumahnya. Modal yang beliau dapat telah berjaya membina sebuah kilang yang menjual pelbagai jenis makanan ringan tempatan yang sememangnya digemari oleh rakyat.

                                           Kerepek ubi pedas yang sudah siap dibungkuskan.

Kerepek yang di hasilkan di kilang kami amat sedap dan mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada pelanggan yang datang ke kilang kami. Walaubagaimanapun, kami mempunyai masalah pengangkutan untuk memasarkan produk kami dengan lebih jauh lagi. Oleh yang demikian, ini menyukarkan pelanggan yang datang dari jauh bagi membeli kerepek ubi pedas ini kerana makanan yang dihasilkan di kilang kami tiada di tempat lain. Sememangnya kerepek ini mempunyai keistimewaan dan keenakan yang tersendiri.

Antara makanan tempatan lain yang di gemari pelanggan kami :